‘Hanya BN kekal utuh dalam satu kesatuan’  – Asyraf Wajdi

0
1

KETUA Pemuda Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi berkata, hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang kekal utuh dalam satu kesatuan demi jaminan kestabilan masa depan Johor. 

Justeru, beliau berkata, Pemuda BN akan terus bekerja keras demi kemenangan parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

“Apa-apapun Barisan Nasional sahajalah kekal utuh dalam satu kesatuan demi kestabilan masa depan negeri Johor. 

“InsyaAllah, Pemuda Barisan Nasional akan terus bekerja keras demi kemenangan parti tercinta ini,” katanya dalam hantaran Facebook.

Terdahulu, beliau bersama calon BN di DUN Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohammad Salleh, 36, yang juga merupakan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Pagoh meninjau persiapan jentera di Bilik Gerakan DUN berkenaan.

Sementara itu, Asyraf berkata,  DUN Bukit Pasir menyaksikan persaingan enam penjuru melibatkan BN, Pejuang, Perikatan Nasional (PN) dan Amanah serta dua calon Bebas.

“Yang menariknya di sini, dua calon bebas yang bertanding adalah penyandang Najib Lep, bekas YDP PAS Pagoh dan Johar Sirat yang sebelum ini Amanah tetapi bertanding di bawah tiket bebas.

“Jadi, Bebas 1 adalah Bekas ADUN dan YDP PAS sementara Bebas 2 adalah bekas Ketua Bahagian Aamanah,” katanya.

Pada PRN Johor, Mohamad Fazli akan menentang Mohd Akhiri Mahmood (Pejuang), Elia Nadira Sabudin (PH), Muhd Nur Iqbal Abd Razak (PN), Najib (Bebas) dan Johar Siraj (Bebas) di DUN Bukit Pasir

Pada PRU14, Najib dipilih sebagai ADUN di kawasan berkenaan selepas menang dengan majoriti 1,883 undi mengalahkan Noriah Mahat daripada BN. –  Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here