‘Happy Anniversary Ibu’ – Shuib

0
2

PELAWAK dan usahawan, Shuib berkongsikan satu video mengenangkan ulang tahun perkahwinannya bersama arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin yang ke-11, hari ini.

Video itu dikongsikan Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad, 37, di Instagramnya, dengan memaparkan muka depan album perkahwinan mereka bertarikh 26 Februari 2011 sambil diiringi lagu Tinggalkan Diriku nyanyian Siti Sarah.

“26 Februari 2011 hingga 26 Februari 2022, 11 tahun. Happy Anniversary Ibu ‘Rindu ini takkan pernah habis,jumpa nanti Sayang’. #AIFatihah #SitiSarahBtRaissuddin #PerShuibOf Happyness #Anniversary,” tulisnya.

Sementara itu, Shuib turut berkongsi beberapa InstaStory menzahirkan rasa syukur kerana melayari bahtera rumah tangga selama 11 tahun bersama Siti Sarah dan dalam masa sama meluahkan kerinduan terhadap isterinya dan merasakan kehilangan itu seolah-olah seperti mimpi.

Dia turut meluangkan masa menziarahi pusara arwah isteri bersama tiga orang anaknya di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak pagi tadi.

Allahyarham Siti Sarah meninggal dunia di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan Covid-19 pada 9 Ogos tahun lalu.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 7, dan Ayash Affan yang kini berusia enam bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here