Calon BN di DUN Mengkibol paling muda

0
1
https://www.facebook.com/kellychyepeiyee/photos/a.112370458048931/113051217980855/

CALON Barisan Nasional (BN) yang bertanding Dewan Undangan Negeri (DUN) Mengkibol, Kelly Chye Pei Yee, 26, menjadi calon termuda pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Seorang lagi calon muda adalah calon Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) bagi DUN Tangkak, Muhammad Airel Zabridin, juga berusia 26 tahun.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata calon tertua pula ialah daripada Perikatan Nasional (PN) bagi DUN Bukit Permai iaitu Tosrin Jarvanthi, yang juga bekas EXCO Johor, berusia 71 tahun.

Terdahulu, SPR menerima 239 calon daripada pelbagai parti politik dan individu dalam PRN Johor selepas 56 pusat penamaan calon (PPC) di seluruh negeri ini ditutup jam 10 pagi tadi.

Abdul Ghani berkata, sejumlah 223 calon adalah daripada 10 parti politik dan 16 calon Bebas layak bertanding pada PRN Johor, 12 Mac ini serta tiada calon ditolak.

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional (PN) masing-masing mempertaruhkan 56 calon, manakala Pejuang menghantar 42 calon serta 30 calon dari Pakatan Harapan (PH).

Selain itu, seramai 20 calon dari PKR pula layak bertanding dalam PRN Johor diikuti 16 calon Bebas serta tujuh dari Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Seramai enam calon dari Parti Warisan Sabah (Warisan), empat calon mewakili Parti Bangsa Malaysia (PBM) serta Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM) masing-masing seorang calon. – Malaysiapost

Kredit Foto: Facebook

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here