Tiada kertas penamaan calon ditolak – SPR

0
2

TIADA satu pun kertas penamaan calon ditolak pada penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang berlangsung hari ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata proses penamaan calon ditutup pada jam 10 pagi dan pihaknya menerima 239 kertas penamaan calon mewakili pelbagai parti pada PRN Johor ke-15 ini.

“SPR telah menerima dan mengesahkan sebanyak 239 Kertas Penamaan yang layak bertanding bagi PRU Dewan Negeri Johor Ke-15,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

SPR mengesahkan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) bertanding di kesemua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor.

Manakala, parti Pejuang yang pertama menyertai pilihan raya mengesahkan bertanding di 42 DUN, diikuti Pakatan Harapan (30) dan PKR (20).

MUDA pula disahkan bakal bertanding di tujuh DUN, Warisan (6), Parti Bangsa Malaysia (4), Putra dan Sosialis masing-masing satu kerusi.

Sementara itu, Abdul Ghani menjelaskan, sebanyak 35 DUN menyaksikan pertembungan empat penjuru, lima penjuru (8), tiga penjuru (7), enam penjuru (4) dan tujuh penjuru (2).

Calon lelaki yang bertanding pada PRN Johor kali ini merekodkan 202 lelaki dan 37 wanita. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here