Rakyat Johor sepatutnya terima impak besar, hidup selesa – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak berkata rakyat Johor sepatutnya menerima impak besar serta keselesaan hidup jika projek infrastruktur dilaksanakan Barisan Nasional (BN) tidak ditangguhkan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Bekas Perdana Menteri itu menamakan tiga projek infrastruktur berimpak tinggi yang ditangguhkan setelah kerajaan BN tumbang selepas PRU14 pada Mac 2018.

“Antara projek-projek infrastruktur penting diusahakan kerajaan BN dahulu yang sudah tentu akan memberi impak besar pada pembangunan negeri Johor serta keselesaan hidup warga Johor tetapi telah mengalami penangguhan selepas PRU14.

  1. RTS Singapura-Johor Baharu yang bakal menyelesaikan kesesakan tambak Johor
  • sepatutnya beroperasi pada Disember 2024
  • kini tertangguh ke Disember 2026
  1. Perkhidmatan keretapi ETS dari Johor Baharu ke Kuala Lumpur dan terus ke Padang Besar, Perlis dan seterusnya ke Hatyai, Thailand.
  • sepatutnya siap pada Oktober 2020
  • kini tertangguh ke tahun 2023
  1. HSR Singapura ke Kuala Lumpur dalam masa 90 minit
  • sepatutnya siap pada tahun 2026
  • kini tak tahu bila lagi sebab asyik tangguh, tangguh, batal dan disambungkan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here