Perpaduan antara Umno dan PAS arahan Tuhan, kata Mursyidul Am PAS

0
2

Aiman Hanif

PAS tidak akan berhenti daripada mempertahankan perpaduan yang terbentuk antara parti itu dengan Umno melalui Muafakat Nasional (MN), meskipun kini terdapat sedikit keretakan.

Mursyidul Amnya, Datuk Hashim Jasin, berkata perpaduan antara Umno dan PAS mesti diteruskan meskipun ada halangan.

“PAS tak henti, walaupun ada halangan perpaduan antara Umno dan PAS mesti diteruskan.

“Slogan ke arah perpaduan berterusan, tak boleh sekarang selepas ini. Ini arahan Tuhan, Tuhan suruh kita bersatu, wajib bersatu.

“Kita sentiasa terbuka untuk Umno rujuk balik, kembali kepada perpaduan Umno dan PAS,” katanya kepada Malaysiapost.

Sebelum ini hubungan Umno dan PAS yang terbentuk selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) sedikit renggang apabila PAS membuat keputusan menyertai Perikatan Nasional (PN).

Malah, pemimpin kedua-dua belah parti saling berbalas sindiran bagi meluahkan rasa tidak puas hati.

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan Umno sebagai “itik patah kaki” berenang sendiri selepas dipulihkan PAS.

Membalas kritikan Abdul Hadi, Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Abdul Hadi sebagai ahli “zoologi” kerana mengelar Umno sebagai itik.

Dalam pada itu, Hashim meminta pemimpin PAS dan Umno ketepikan perbalahan sesama sendiri.

Beliau menggesa agar pemimpin-pemimpin parti dominan orang Melayu itu berhenti menyerang sesama sendiri.

“Saya seru kedua-dua pihak henti serang menyerang antara dua parti pikir panjang ke depan kita perlu berpadu.

“Kalau ada sedikit terluka lupakan,” katanya lagi.- Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here