Sheila Rusly cedera di bibir, bola boling hempap muka

0
2

PENERBIT dan pelakon, Sheila Rusly cedera di bahagian bibir selepas mukanya dihempap bola boling sewaktu penggambaran drama, Ratu Ten Pin musim kedua.

Detik cemas itu dikongsi suaminya yang juga penerbit dan pengarah, Azman Yahya atau lebih dikenali sebagai Jinggo.

Jinggo turut meluahkan kerisauan apabila melihat keadaan isterinya yang terbaring menahan sakit selepas dihempap bola seberat hampir enam kilogram.

Katanya, Sheila mengalami kecederaan sehingga menyebabkan pendarahan di bahagian bibirnya.

Bagaimanapun, dalam masa sama, Jinggo kagum dengan kekuatan semangat ditunjukkan isterinya selepas kejadian tersebut.

“Hanya Allah tahu betapa sedihnya bila tengok bola 13lb jatuh kat muka you.

“Darah dekat bibir you I tahu you tahan sakir tapi masa ni you bukan @sheilarusly_jspictures tapi you Mem Maria. Mem Maria is UNSTOPPABLE. Speedy recovery babe,” tulisnya di Instagram.

Video berdurasi hampir satu minit itu memaparkan Sheila memegang watak sebagai orang kurang upaya (OKU) berkerusi roda, yang mahu menjalani latihan sukan tersebut.

Bagaimanapun, ketika menuju ke pelantar, terdapat jalan yang sedikit tinggi menyebabkan kerusi roda terbalik dan bola boling terjatuh menimpa mukanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here