PM mulakan lawatan rasmi ke Kemboja, Thailand

0
2
{"source":"other","uid":"3F5F2710-B87A-4FF5-86BA-45E10FB6FDE2_1634458425485","origin":"gallery","fte_sources":[],"used_premium_tools":false,"used_sources":"{"version":1,"sources":[]}","premium_sources":[],"is_remix":false}

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini memulakan lawatan rasmi sulung beliau ke Kemboja dan Thailand sehingga 26 Februari.

Lawatan tersebut adalah untuk memenuhi jemputan daripada Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen serta Perdana Menteri Thailand, Jeneral Prayut Chan-o-cha.

Pejabat Perdana Menteri menerusi kenyataan memaklumkan semasa lawatan rasmi ke Kemboja, Ismail Sabri dijadual mengadakan kunjungan menghadap ke atas Raja Kemboja, Raja Norodom Sihamoni di samping pertemuan dengan Perdana Menteri Hun Sen untuk membincangkan pengukuhan hubungan dua hala, kerjasama pasca pandemik, ASEAN, serta isu serantau dan antarabangsa yang berkepentingan bersama.

“Perdana Menteri juga akan mengadakan pertemuan dengan Presiden Senat dan Presiden Dewan Rakyat Kemboja, seterusnya bertemu dengan Keluarga Malaysia di Kemboja.

“Semasa lawatan rasmi ke Thailand, Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan Jeneral Prayut Chan-o-cha.

“Pertemuan tersebut memberi peluang kepada kedua-dua pemimpin membincangkan hala tuju kerjasama pelbagai bidang antara Malaysia dan Thailand,” katanya.

Menurut kenyataan itu, bidang-bidang utama dengan Thailand meliputi kerjasama ekonomi dan pasca pandemik Covid-19, pembukaan sempadan dan projek-projek kesalinghubungan di kawasan sempadan darat.

Program Perdana Menteri turut meliputi sesi dengan Dewan Perniagaan Malaysia – Thailand (MTCC) dan sesi ramah mesra bersama Keluarga Malaysia di Bangkok.

“Lawatan Perdana Menteri ke Kemboja dan Thailand mencerminkan hubungan rapat dan menyeluruh Malaysia dengan kedua-dua negara jiran and rakan ASEAN tersebut.

“Ia juga dapat membuka peluang kepada Malaysia dan kedua-dua negara berkenaan untuk meneroka inisiatif bersama dalam usaha pemulihan pasca-pandemik, serta dalam menangani cabaran serantau dan antarabangsa,” katanya.

Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali; serta Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here