Dakwaan pelajar alami reaksi selepas vaksinasi palsu – KKM

0
1

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menegaskan penyebaran video yang menyatakan pelajar-pelajar mengalami reaksi selepas divaksinasi, adalah palsu.

KKM dalam kenyataan di Facebook, memaklumkan bahawa video tersebut adalah video lama berkaitan kejadian keracunan gas di sebuah sekolah di Pasir Gudang, Johor pada tahun 2019.

Video palsu mengenai kejadian itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp menyatakan bahawa keadaan ramai pelajar menjadi teruk selepas divaksin dan pihak KKM menyembunyikan perkara berkenaan.

Pihak KKM menepis dakwaan tersebut dengan menunjukkan bukti menerusi Facebook Isu Semasa Kerajaan Baru yang memaparkan kejadian sebenar
berlaku 14 Mac 2019, disebabkan keracunan kimia kritikal di Pasir Gudang, Johor.

Sehubungan itu, KKM memohon orang awam untuk tidak menyebarkan maklumat palsu tersebut. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here