Vaksin kanak-kanak: Ibu bapa jangan lagi ambil sikap tunggu dan lihat

0
2
vaksin covid pkp selangor

GOLONGAN ibu bapa diharap tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ bagi memutuskan pemberian vaksinasi Covid-19 kepada anak-anak mereka.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata ia kerana kadar kemasukan ke hospital akibat jangkitan Covid-19 membabitkan kanak-kanak dilihat meningkat.

Katanya, pendaftaran setakat minggu ketiga pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) kini sudah melepasi sejuta iaitu 28 peratus dalam kalangan kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

“Minggu ketiga pelaksanaan #PICKids, pendaftaran sudah melepasi sejuta iaitu 28 peratus cohort 5-11 tahun.

“Harap ibu bapa tidak lagi mengambil sikap ‘tunggu dan lihat’ sebab kadar kemasukkan hospital kanak-kanak mula meningkat. Daftarkan anak anda untuk #PICKids hari ini,” katanya menerusi ciapan di Twitter hari ini. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here