YBR sumbang RM570,000 bantuan persekolahan di Johor

0
2

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan peruntukan bantuan persekolahan bernilai RM570,000 kepada murid sekolah rendah dan menengah terutama dari kalangan keluarga B40 di 26 lokasi di Johor.

Pengerusinya, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, berkata bantuan sempena sesi persekolahan pada Mac ini adalah membabitkan seramai 5,700 murid sekolah rendah dan menengah di negeri berkenaan.

“Sumbangan ini juga diharapkan dapat membantu mereka terutamanya yang berada dikalangan keluarga B40 bagi meringankan urusan kewangan dalam menyediakan kelengkapan persekolahan.

“Bantuan disalurkan kepada mereka yang layak ini sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada anak-anak untuk terus menuntut ilmu,” katanya dalam satu kenyataan.

Penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Tan Sri Noh Omar kepada wakil-wakil pemimpin tempatan dalam satu majlis.

Untuk rekod, sehingga kini, seramai 39,397 murid telah menerima manfaat melalui bantuan persekolahan YBR dengan jumlah peruntukan sebanyak RM5.12 juta sejak dari tahun 2018.

Bagi tahun 2022, sejumlah RM2.75 juta diperuntukkan dalam program bantuan persekolahan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here