Pemuda Umno bentuk pelapis masa hadapan – Asyraf Wajdi

0
1

GOLONGAN muda perlu diberi ruang dan peluang yang seluasnya untuk mereka turut bersama dalam membina generasi negara.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, bagi tujuan itu Pemuda Umno akan menjadi wahana pengkaderan anak muda melalui agenda membina generasi berteraskan pengukuhan idealisme, roh dan jiwa perjuangan parti itu.

Menurutnya, ia demi kelangsungan perjuangan memartabatkan agama, bangsa dan tanah air.

“Kursus Kepimpinan Putera Umno Malaysia mengumpulkan pemimpin-pemimpin muda 18 hingga 25 tahun dari seluruh pelusuk negara di Institut Latihan Pemerkasaan UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang.

Ketua Pemuda Umno Datuk Dr Ashraf Wajdi

“Putera Umno merupakan satu proses pengkaderan dan cabang dalam Pergerakan Pemuda Umno Malaysia yang terdiri daripada anak muda yang dihidupkan semula untuk membina generasi pemimpin pelapis Umno pada masa hadapan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, menariknya kumpulan teras kali ini terdiri daripada pelbagai kelompok golongan anak muda dengan pelbagai latar belakang.

“Antaranya golongan profesional, pemimpin belia tempatan, imam muda, pelajar dan graduan terbaik, pemidato, selebriti dan ‘influencer’ media sosial dan pelbagai golongan anak muda seluruh Malaysia.

“Anak muda perlu diberi ruang dan peluang yang seluasnya untuk mereka turut bersama dalam membina generasi negara ini,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here