Anwar menghadap TMJ

0
2

DATUK Seri Anwar Ibrahim menghadap Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini.

Menurut Ketua Pembangkang itu yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), beliau menjunjung kasih di atas jamuan makan malam dan kesudian berbincang soal pembangunan serta Johor dalam pertemuan selama satu setengah jam itu.

“Terkesan dengan keprihatinan dan sikap terbuka Tuanku dalam pertemuan tersebut,” tulisnya di Twitter hari ini.

Pertemuan itu hadir lima hari selepas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menghadap Tunku Ismail dan isteri Che’ Puan Khaleeda Bustamam.

Sesi itu antara lain menyentuh mengenai pembangunan menyeluruh yang amat diperlukan Johor dan Malaysia selain sistem kebajikan rakyat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here