POLIS mengesahkan kematian seorang lelaki yang tahanan atau orang kena tahan (OKT) di Kota Tinggi, Johor semalam disebabkan Covid-19.
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Azri Ahmad berkata siasatan mendapati jangkitan wabak itu menyebabkan penurunan fungsi organ buah pinggang dan paru-paru lelaki berkenaan.
“Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) dan JIPS Aman akan meneruskan siasatan dari pelbagai sudut sebelum menyerahkan hasil siasatan kepada koroner,” katanya dalam satu kenyataan media.
Terdahulu, media melaporkan seorang lekaki yang sedang menunggu perbicaraan atas pertuduhan penyalahgunaan dadah telah meninggal dunia ketika dalam tahanan polis Kota Tinggi.
Mangsa yang didakwa pada 25 Januari lalu ditahan kerana tidak membayar ikat jamin dan ditempatkan di fasiliti polis dan bukannya penjara kerana wabak Covid-19.
Pada 16 Februari, tahanan dimasukkan ke wad kerana demam dan muntah. Ketika di hospital, dia disahkan positif Covid-19.
OKT berusia 43 tahun berkenaan disahkan meninggal dunia, jam 4.15 pagi.-Malaysiapost

