Inisiatif program kerjaya bantu kurangkan kadar pengangguran – PM

0
2

KERAJAAN menyambut baik inisiatif Program Pembangunan Siswa Sulung Keluarga Malaysia (SULUNG) yang memfokuskan terhadap usaha membantu ahli keluarga B40 yang belum ada melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata program yang digerakkan Ahli Parlimen Parit Sulung, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad yang juga Menteri Pengajian Tinggi adalah adalah julung kali diadakan.

“Program ini adalah unik kerana mereka bukan sahaja akan dibantu diberikan laluan khusus kemasukan ke universiti awam, tetapi turut ditawarkan biasiswa, asrama, dan diberikan mentoring, sehinggalah mereka berjaya mendapat pekerjaan.

“Menjadi harapan saya agar dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian,” katanya.

Beliau berkata demikian di Karnival Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) di Dewan Seri Mahkota Maktab Rendah Sains Mara, Batu Pahat, hari ini.

Justeru, Ismail Sabri mengajak badan-badan korporat untuk sama-sama menghulurkan sumbangan bagi membantu menjayakan program SULUNG tersebut.

Katanya, kejayaan anak-anak tersebut bukan sahaja memberikan motivasi kepada keluarga, tetapi juga kepada komuniti setempat.

“Menjadi harapan saya agar dengan tahap pendidikan yang baik, kelak akan membawa anak-anak ini keluar dari kitaran B40, seterusnya dapat berdikari selepas tamat pengajian,” ujarnya.

Sementara itu, beliau berkata KPT juga menawarkan program peningkatan kerjaya seperti PENJANA KPT-CAP, PENJANA KPT-PACE, dan GetHired@KPT dalam membantu memastikan para pelajar mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

Menurutnya, KPT turut bekerjasama dengan Kementerian Sumber Manusia melalui Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) melaksanakan program MYFutureJobs.

“Apa yang pasti, program-program ini adalah berbentuk touch point dan bertujuan untuk menyantuni keperluan denyut nadi rakyat.

“Seperti program MYFutureJobs. Berdasarkan rekod yang kita ada, sebanyak 63,990 jawatan kosong di negeri Johor ditawarkan melalui Portal MYFutureJobs. Untuk tempoh karnival ini sahaja, saya difahamkan lebih 3,000 kekosongan jawatan ditawarkan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan berharap dengan adanya inisiatif yang dibuat dapat ia dapat membantu mengurangkan kadar pengangguran di Malaysia kepada paras di bawah 4.2 peratus. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here