Syed Saddiq akui MUDA – PKR mungkin bertembung di PRN Johor

0
2

RUNDINGAN Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dengan PKR masih buntu dan kemungkinan besar pertindihan kerusi antara kedua-dua parti pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor tidak dapat dielakkan. 

Perkara itu diakui Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman yang berkata

pihaknya pasrah dan menyerahkan kepada pengundi Johor untuk menentukannya jika berlaku pertembungan melibatkan MUDA dan PKR di beberapa kerusi.

“Sekiranya pertindihan kerusi antara MUDA-PKR tidak dapat dielakkan, MUDA akan serahkan keputusan  di tangan  rakyat  Johor,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Menurut Syed Saddiq, MUDA telah memberi usaha dan komitmen berterusan untuk mengelak pertindihan kerusi dalam kalangan parti-parti pembangkang kerana fokus utama adalah membawa perubahan yang baik kepada Johor.

“Melalui rundingan rasmi bersama DAP dan Amanah, MUDA telah berjaya mengelakkan sebarang pertindihan  kerusi. 

“MUDA juga telah mengadakan siri-siri rundingan rasmi bersama pimpinan PKR. namun PKR membuat keputusan untuk mengumumkan senarai calon di 20 kerusi sekali gus menamatkan rundingan rasmi  bersama MUDA,” katanya. 

Bagaimanapun, Syed Saddiq menegaskan, MUDA telah menyampaikan niat dan hasrat untuk mengelak sebarang pertindihan kerusi MUDA-PKR kepada rakan DAP dan Amanah.

“MUDA juga bersedia untuk meneruskan  rundingan  bersama  PKR. 

“Jika tidak ada sebarang perkembangan dan perubahan keputusan dari pimpinan PKR berkaitan kerusi MUDA-PKR, pimpinan MUDA akan mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan jalan ke hadapan  pada hujung minggu ini, katanya. 

Terdahulu, hasil rundingan dengan DAP dan Amanah, MUDA telah diberikan laluan untuk bertanding di enam DUN pada PRN Johor. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here