Guardiola, City cemas mendarat di lapangan terbang

0
2

PESAWAT membawa skuad Manchester City gagal mendarat di Lapangan Terbang Manchester pada Rabu, susulan angin kencang.

Video yang tular di media sosial menunjukkan detik mencemaskan di mana pesawat tersebut gagal mendarat.

Menurut Daily Mirror, pesawat Boeing 757 yang membawa anak buah Pep Guardiola dari Lisbon selepas aksi menentang Sporting Lisbon, dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Manchester pada Rabu (waktu tempatan).

Namun juruterbang pesawat Titan Airways itu gagal mendarat, kerana ketika itu Britain dilanda Taufan Dudley.

Dalam video didedahkan Aviation Upclose melalui YouTube, pesawat tersebut kelihatan berlegar di udara kerana kesukaran mendarat susulan angin kencang.

Juruterbang akhirnya memutuskan untuk mendarat di Lapangan Terbang John Lennon di Liverpool. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here