
SEBANYAK 39 kematian akibat Covid-19 direkodkan Kementerian Kesihatan (KKM) semalam.
Berdasarkan perincian GitHub, 17 daripadanya diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Berikutan itu jumlah kumulatif kematian kini mencecah angka 32,239.
Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 16 kes, diikuti Sabah (14), Kelantan, Pahang dan Perak (masing-masing dua), serta Kedah, Melaka dan Kuala Lumpur (masing-masing satu).
Tiada kes kematian dilaporkan di Johor, Negeri Sembilan, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 217,782 kes aktif dilaporkan, termasuk 216 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 141 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost
