Pertembungan pelbagai parti di Johor sesuatu yang dinamik

0
1
Datuk Seri Mahdzir Khalid

PERTEMBUNGAN pelbagai parti dalam satu-satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah bukti amalan demokrasi subur di negara ini.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata pertembungan antara parti-parti yang bakal bertandingan adalah sesuatu yang dinamik, selari dengan perubahan zaman.

“Pertembungan ini adalah sesuatu yang dinamik, saya ingat untuk sebuah demokrasi, tiada masalah,” katanya.

PRN Johor pada 12 Mac depan dijangka menyaksikan pertembungan beberapa penjuru bagi setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila beberapa parti telah mengesahkan akan bertanding.

Selain Barisan Nasional (BN), turut bertanding ialah Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA).

Turut menyatakan akan bertanding ialah Parti Warisan Sabah (Warisan) serta Parti Bangsa Malaysia (PBM). – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here