Hujan berterusan dijangka landa Pantai Timur bermula Isnin

0
3

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negeri di Pantai Timur Semenanjung akan mengalami hujan berterusan mulai 21 Februari ini.

Ketua Pengarah MetMalaysia, Muhammad Helmi Abdullah, berkata cuaca buruk itu dijangka berlaku kerana luruan angin timuran memasuki rantau negara.

“Justeru, keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di negeri-negeri pantai timur Semenanjung,” katanya dalam kenyataan di Facebook, hari ini.

Menurutnya, berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range ni Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), dijangka pada sebelah pagi, hujan berlaku di kawasan pantai negeri-negeri pantai timur Semenanjung, perairan Sarawak dan timur Sabah.

“Manakala hujan dan ribut petir dijangka berlaku di negeri-negeri pantai barat dan pedalaman Semenanjung, barat dan tengah Sarawak serta barat Sabah pada sebelah petang hingga awal malam,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here