Nora Danish teringin timang anak perempuan

0
2

PELAKON, Nora Danish berhasrat ingin memiliki anak perempuan selepas anak lelakinya, Muhamad Neqayl Nedim meluahkan permintaan itu kepadanya.

Perkara itu dikongsikan Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif, 40, menerusi Instagram miliknya baru-baru ini.

“Saya rasa, saya perlukan anak perempuanlah. Ada sesiapa nak jual? (tertawa).

“Ney Ney (Mohamed Neqayl) suruh beli adik perempuan dia di pusat beli-belah dalam talian (Lazada),” tulisnya.

Bagaimanapun, hantaran itu menerima respond daripada suami Nora iaitu Nedim Nazri yang juga anak kepada Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz itu apabila dilihat membalas status tersebut diruangan komen IG isterinya.

“Sabar kawan-kawan. Sabar jemaah netizen. Insya-Allah abang usahakan,” katanya.

Sebelum ini, Nora mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram dari hasil perkahwinan pertama dengan Toh Muda Rizal Ashram Ramli.

Manakala Mohamed Neqayl hasil perkongsian hidupnya kini bersama Nedim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here