Piala Asia B-23, Malaysia satu kumpulan Korea Selatan

0
1

CABARAN getir menanti skuad Harimau Malaya B-23 apabila diundi dalam kumpulan yang sama dengan gergasi Asia, Korea Selatan.

Malah, anak buah Brad Maloney juga terpaksa berhadapan dua jagoan serantau iaitu Thailand dan Vietnam.

Pada majlis undian sebentar tadi, skuad Harimau Malaya B-23 telah diundi dalam Kumpulan C bagi pusingan akhir Piala Asia B-23 2022 di Uzbekistan yang berlangsung pada 1 Jun depan.

Sementara itu, tuan rumah yang merupakan juara bertahan diundi dalam kumpulan A bersama Iran, Qatar dan Turkemenistan.

Manakala Kumpulan B pula menyaksikan Australia ditentang Jordan, Iraq dan Kuwait.

Arab Saudi pula diundi berada kumpulan D dan bakal berentap dengan UAE, Jepun dan Takijistan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here