Bangkok bakal dikenali sebagai ‘Krung Thep Maha Nakhon’

0
2
https://unsplash.com/photos/uDDGsbYdk3k

PEJABAT Diraja Thailand (ORST) mengumumkan penukaran nama rasmi ibu kota Thailand, dari Bangkok menjadi ‘Krung Thep Mana Nakhon’.

Kabinet Thailand semalam meluluskan draf pengumuman Pejabat Perdana Menteri mengenai kemas kini nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota, seperti dicadangkan ORST.

Bagaimanapun, nama Bangkok masih digunakan, lapor The Bangkok Post.

Nama rasmi baru Bangkok iaitu Krung Thep Maha Nakhon, tidak akan digunakan sehingga ia diteliti jawatankuasa yang menguruskan semua draf rang undang-undang.

Pengumuman itu yang diluluskan dalam mesyuarat kabinet mingguan semalam, menyatakan bahawa jawatankuasa ORST mengenai kamus nama geografi antarabangsa.

Ia merangkumi pakar dari Kementerian Luar, mengemas kini ejaan nama negeri, wilayah, zon pentadbiran dan ibu kota supaya ia sejajar dengan situasi terkini.

Panel itu kemudian menyerahkan senarai terbabit kepada Pejabat PM untuk membuat pengumuman.

Dalam pengumuman ORST, Krung Thep Maha Nakhon akan menjadi nama rasmi bagi ibu kota Thailand. Namun, nama ‘Bangkok’ masih kekal sebagai sandaran rujukan.

Dalam pengumuman yang sama, ORST juga mengemas kini ejaan rasmi bagi negara lain termasuk Rom dan Roma bagi ibu kota Itali.

Selain, ibu kota Myanmar dari Yangon kepada Nay Pyi Taw dan mengubah nama Nepal kepada Republik Persekutuan Demokratik Nepal. – Malaysiapost

Kredit Foto: Unsplash

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here