‘Kalau AG orang lain, mungkin Muhyiddin dah lama masuk Kluster Mahkamah’ – Najib

0
2

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata Tan Sri Muhyiddin mungkin sudah menjadi ‘Kluster Mahkamah’ sekiranya Peguam Negara adalah individu lain.

Najib berkata, audio ‘scheme of things’ berhubung isu sogokan kepada Ahli Parlimen Umno pada 2020 lalu, didakwa memang suara Ahli Parlimen Pagoh itu.

“Saya juga beberapa kali minta dia untuk mengaku bahawa rakaman audio ‘scheme of things’ itu memang suara dia tapi dia (Muhyiddin) membisu memanjang.

“Mungkin di bawah ketua Peguam Negara yang lain orangnya, dia sudahpun didakwa caj sogok bawah Akta SPRM dan kanun keseksaan. Tak perlu tunggu dua tahun untuk terima arahan,” katanya menerusi Facebook.

Tambah Najib, bukti kes itu adalah amat jelas dalam rakaman tersebut bahawa Muhyiddin merancang untuk memberi sogokkan bagi kepentingan peribadinya

“Ia tidak sama dengan kes SRC saya di mana tidak pernah ada bukti bahawa saya pernah meminta ataupun mengarahkan duit SRC dimasukkan dalam akaun atas nama saya.

“Dah lama dia masuk kluster mahkamah. Rileks, bro,” katanya.

Sementara itu, Najib juga meminta Muhyiddin bertenang dan menasihati Ahli Parlimen Pagoh itu mengawal kemarahan beliau terhadapnya.

“Fuh! Bukan main marah dia ni pada saya semalam. Hari itu, saya cuma dedahkan klip-klip video Pak Lah (Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi) (Tun Dr) Mahathir (Mohamad) dan laporan media berkenaan YDP Agong yang zahirkan rasa duka cita dua kali untuk buktikan dia ni seorang pengkhianat dan penderhaka bersiri,” katanya.

Semalam, Muhyiddin ketika berucap dalam ceramah Pentas PN di DUN Tenggaroh, membidas Najib yang didakwa tidak mempunyai langsung perasaan malu walaupun telah didapati bersalah oleh mahkamah di atas kes SRC International.

Muhyiddin berkata, adalah tidak logik apabila Najib yang juga bekas Perdana Menteri dan bosnya ketika masih bergelar Timbalan Perdana Menteri tidak tahu duit sebanyak RM42 juta masuk ke dalam akaunnya.

“Dia belanja dia tak tahu. Dia bayar banyak kredit kad, bayar Rosmah, bayar rumah dia. Kalau tak tau kenapa ambil? Dia kata itu CSR (program tanggungjawab sosial) dia. Kepala ‘hotak’ dia,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here