‘King’ langgar kubur

0
1

KECOH di media sosial hari ini dengan penularan beberapa gambar kejadian sebuah kereta Perodua Myvi yang merempuh beberapa kubur di sebuah tanah perkuburan Islam.

Kenderaan yang sinonim dengan gelaran ‘King’ bagi netizen itu kerana sering terbabit pelbagai insiden termasuk kemalangan maut, pemanduan laju dan pelbagai kejadian lagi, kali ini dirakam melanggar kubur pula.

Sekurang-kurangnya tiga kubur mengalami kerosakan termasuk tercabut batu nisan akibat dirempuh kenderaan yang dipercayai terbabas itu.

Bagaimanapun tarikh dan lokasi sebenar tanah perkuburan yang terbabit tidak dapat dipastikan.

“King ni habis semua nak diredah. Sungai pun redah, banjir pun redah, ni kubur pun redah juga. Memang hebat
la king jalanan ni,” komen Asri Ibnu Said di Facebook.

“Adoi..king..king..memanglah rumah kata pergi kubur kata mari..tapi janganlah bawa kereta sekali,” kata pengguna Facebook lain pula.

“Jangan salahkan Myvi, salahkan yang bawa kereta ni,” kata seorang lagi netizen. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here