SERAMAI 246,869 atau tujuh peratus populasi kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di negara ini menerima dos pertama vaksin Covid-19 setakat semalam.
Menerusi data portal COVIDNOW, sejumlah 13,486,823 atau 57.3 peratus populasi dewasa di negara ini menerima dos penggalak Covid-19 dalam tempoh sama.
Sejumlah 22,939,377 individu atau 97.5 peratus daripada kumpulan itu melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 98.7 peratus atau 23,216,096 telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi remaja berusia 12 hingga 17 tahun, sebanyak 2,796,605 individu atau 89.9 peratus lengkap divaksin, manakala 2,877,213 atau 92.5 lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Sementara itu, sebanyak 154,776 dos vaksin diberikan meliputi 42,374 dos pertama, 1,657 dos kedua dan 110,745 dos penggalak.
Angka itu sekali gus menjadikan jumlah kumulatif dos vaksin yang diberikan di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) kini adalah sebanyak 65,356,763 dos. – Malaysiapost

