SEBANYAK 31 kes kematian baharu akibat Covid-19 dilaporkan setakat semalam.
Ia sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat Covid-19 meningkat kepada 32,180 kes sejak virus tersebut melanda negara.
Berdasarkan data portal COVIDNOW, sebanyak 10 daripada 31 kes kematian yang direkodkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).
Setakat tengah malam tadi, terdapat 14,518 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah tersebut, seramai 170,635 individu atau 93.3 peratus daripadanya sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 5,517 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Sementara itu, terdapat 6,619 kes dirawat di hospital dan 194 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Kes ICU membabitkan 120 pesakit memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

