Bersatu bimbang peratusan keluar mengundi rendah untungkan Umno

0
2
Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan

BERSATU menyatakan kebimbangan mengenai peratusan yang akan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac nanti.

Ketua Penerangannya, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata beliau tidak percaya dengan pandangan sesetengah pihak bahawa bilangan kes positif Covid-19 sengaja dinaikkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menakutkan pengundi.

Bagaimanapun beliau berpandangan jika rakyat takut atau tidak peduli untuk keluar mengundi, maka Umno akan bersorak gembira.

“Strategi Umno ialah memaksimakan pengundi teras mereka keluar mengundi kerana kebanyakan pengundi teras Umno memang menetap dalam kawasan.

“Jika pengundi yang menetap di luar tidak balik mengundi, maka Umno akan gembira kerana yang menetap di luar kawasan ramai yang menyokong Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH), bukan Umno.

“Di Melaka itulah yang memenangkan Umno apabila mereka yang menetap di luar kawasan tidak balik mengundi. Fenomena ini Umno harap berulang kembali di Johor,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Justeru Wan Saiful berharap pengundi yang menetap di luar kawasan supaya merancang untuk balik mengundi pada 12 Mac nanti.

“Ini peluang untuk menentukan masa depan Johor. Jangan lepaskan peluang ini dan pastikan undi anda adalah untuk menghentikan sifat tamak dan bongkak Umno dan Barisan Nasional,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here