PM menghadap Sultan Brunei

0
1

DATUK Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini menghadap Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Bogawan.

Perdana Menteri ditemani, isteri Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Turut berangkat ialah Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha.

“Saya kemudian mengadakan pertemuan empat mata dengan baginda Sultan Hassanal Bolkiah,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya.

Terdahulu Perdana Menteri bersama isteri tiba di Brunei malam tadi bagi lawatan rasmi selama dua hari di negara jiran berkenaan.

Lawatan itu antara lain bertujuan merapatkan kerjasama yang sedia terjalin dan memperkukuhkan persahabatan antara kedua-dua negara.

Delegasi Malaysia turut disertai Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah; Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here