BN tawar kebangkitan Johor – Najib

0
2

BARISAN Nasional (BN) menawarkan kerajaan negeri Johor yang maju dari segi infrastruktur dan perancangan pembangunan negeri yang holistik.

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau yakin Johor akan dapat kembali ke tahap yang tinggi dari segi ekonomi dan pembangunan.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, ramai rakyat Johor yang ditemuinya menyatakan pendapat mengenai keadaan ekonomi di negeri berkenaan .

Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak sempat bergambar dengan orang ramai disekitar Johor Bahru

“Jalan-jalan, minum pagi kat Johor Bahru tadi. Bertukar pandangan mengenai keadaan ekonomi di Johor. Ramai meluahkan pendapat bahawa Johor ada peluang pembangunan besar.

“Kita ada human capital yang profesional dan berpengalaman. Kita ada perindustrian sepanjang nilai rantaian dalam beberapa sektor dan boleh dipertingkatkan lagi.

“Kita ada sektor perkhidmatan yang mampu menjana pendapatan buat rakyat dan negeri,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau berkata, dengan infrastruktur yang maju, dan perancangan pembangunan negeri yang holistik, saya yakin Johor akan dapat kembali ke tahap yang tinggi setelah ketinggalan sejak 2018.

“Inilah yang BN tawarkan. Inilah yang BN akan usahakan,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here