Najib menghadap TMJ, bincang pembangunan Johor, kebajikan rakyat

0
1

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diperkenan menghadap Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim, bersama isteri baginda, Che’ Puan Khaleeda Bustamam semalam.

Najib menerusi hantaran di Facebook miliknya, memaklumkan pertemuan itu bagi membincangkan mengenai pembangunan secara menyeluruh di Johor dan Malaysia.

“Selain itu, turut menyentuh mengenai sistem kebajikan rakyat yang lebih efektif bagi membantu mengurangkan beban kehidupan rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Johor mempunyai potensi besar dan boleh dikatakan pemangkin dan ‘gateway’ kepada kemajuan ekonomi negara.

Menurutnya, pelaburan, pekerjaan dan pembangunan wajar menjadi tiga fokus utama.

“Semoga Allah SWT melimpahkan kurnia, rahmat dan kesejahteraan buat Johor dan Malaysia, dan terus memberkati institusi diraja,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here