SETIAUSAHA Agung Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) Amira Aisya Abd Aziz diumumkan sebagai calon parti itu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Puteri Wangsa pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Pencalonan wanita berusia 27 tahun itu diumumkan oleh Presiden Muda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman malam tadi.
Sebelum ini, kerusi DUN Puteri Wangsa menjadi pertikaian dalam Pakatan Harapan (PH) apabila seorang pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor menyifatkan keputusan Amanah menyerahkan kerusi berkenaan untuk ditandingi MUDA dalam PRN Johor sebagai satu pengkhianatan.
Ketua Wanita PKR Johor, Napsiah Khamis Maharan dilaporkan berkata beliau cuba berlapang dada apabila kerusi itu diberikan kepada Amanah sebelum ini atas kesepakatan rakan lama dalam PH.
Malah katanya, beliau telah menyiapkan jentera untuk calon Amanah bagi berdepan PRN Johor namun parti itu dengan mudah memberikan kerusi tersebut kepada MUDA.
PKR bagaimanapun mencalonkan Napsiah Khamis di DUN Kempas yang diumumkan oleh Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selain Puteri Wangsa, Amanah dan DAP turut memberi laluan kepada MUDA bertanding di enam DUN Tenang, Bukit Kepong, Parit Raja, Machap dan Bukit Permai.-Malaysiapost

