Tujuh rakyat Malaysia terkandas di Filipina dibenar masuk

0
1

KESEMUA tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino kerana sijil vaksin dikeluarkan Kerajaan Malaysia tidak diiktiraf pihak berkuasa Filipina sudah dibenarkan memasuki republik itu.

Perkara itu disahkan Kementerian Luar (Wisma Putra) menerusi hantarannya di Twitter.

“Sukacita Wisma Putra memaklumkan bahawa tujuh rakyat Malaysia yang terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino telah dibenarkan memasuki Filipina, berikutan tindakan pantas Kedutaan Malaysia di Manila. Kudos team @myembassymanila,” ciap Kementerian Luar (Wisma Putra).

Hari ini, seramai 15 pelancong Malaysia dilaporkan terkandas di lapangan terbang Lapangan Terbang Antarabangsa Ninoy Aquino selepas kumpulan itu tidak dibenarkan memasuki Filipina oleh pihak Imigresen berikutan menerima vaksin Covid-19 di Malaysia.

Mereka dimaklumkan oleh pihak Imigresen negara itu bahawa sijil vaksin digital dalam aplikasi MySejahtera tidak diterima sebagai bukti vaksinasi Covid-19.

Terdahulu, laporan menyatakan 15 rakyat Malaysia terkandas di lapangan terbang berkenaan, bagaimanapun, Wisma Putra mengesahkan jumlah sebenar ialah tujuh orang dan bukan seperti dilaporkan.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here