Muhyiddin pakar pengkhianat – Mohd Puad

0
2

AHLI Majlis Tertinggi Umno, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi, mendakwa Tan Sri Muhyiddin Yassin dipecat dari Umno bukan kerana mendedahkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) seperti didakwa Presiden Bersatu itu.

Menurutnya, kalau 1MDB punca Muhyiddin dipecat dari Umno, sudah lama dia dipecat, namun beliau dipecat kerana khianat terhadap parti dengan naik pentas DAP untuk memburukkan parti.

Beliau berkata, pengkhianatan juga dilakukannya dalam ‘langkah Sheraton’ bagi menjatuhkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Peliknya Muhyiddin guna isu orang Melayu tolak DAP untuk jatuhkan Tun M (Dr Mahathir) melalui langkah Sheraton. Itu bukti Muhyiddin pakar khianat dan suka mengkhianat,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurutnya, Perikatan Nasional (PN) pula adalah perangkap Muhyiddin untuk khianat Umno, namun gagal kerana Umno tolak PN justeru tidak masuk perangkapnya dan Pas hanya tunggu masa untuk dikhianati.

Mendedahkan mengenai pemecatan Muhyiddin, beliau berkata semasa MKT bermesyuarat untuk memecatnya, pada ketika itu Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dan Naib Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diminta keluar.

“Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang juga Naib Presiden Umno ketika itu mempengerusikan mesyuarat. Keputusan adalah konsensus supaya Muhyiddin dipecat.

“Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad (bekas MKT Umno) yang cadang Hishamuddin jadi Pengerusi mesyuarat itu. Bahkan Muhyiddin mengaku dalam mesyuarat MKT pada 9 September 2015 wujud konspirasi untuk jatuhkan Najib. Rupanya betul,” katanya.

Sementara itu, mengenai dakwaan yang mengatakan Najib memalukan negara, Mohd Puad berpendapat tindakan menggantung Parlimen dan isytihar darurat oleh Muhyiddin juga malukan negara.

“Negara lain tak buat. Angka covid terus mencanak,” katanya.

Muhyiddin yang juga Pengerusi PN dan bekas Perdana Menteri dalam satu kenyataan semalam, mengakui rela dianggap pengkhianat kerana mendedahkan skandal 1MDB.

Menurutnya, meskipun pernah dipecat sebagai orang nombor dua dalam kerajaan dan parti, langkahnya membongkar skandal tersebut dengan menubuhkan parti baharu selepas itu ternyata berbaloi untuk negara. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here