24 kematian Covid-19 semalam

0
1
Skuad Jenazah covid-19 mengangkat jenazah covid-19 ke dalam kubur di Tanah Perkuburan Batu 5 Jalan Ipoh.

MALAYSIA merekodkan peningkatan kes kematian Covid-19 sebanyak 24 kes semalam.

Menurut perincian dikeluarkan GitHub sembilan daripada jumlah kematian semalam diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).

Setakat hari ini jumlah kumulatif kematian mencecah angka 32,099.

Kedah mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu lima kes, diikuti Johor dan Sabah (masing-masing empat), Pahang dan Perak (masing-masing tiga), Negeri Sembilan (dua) serta Perlis, Selangor dan Terengganu (masing-masing satu).

Tiada kes kematian dilaporkan di Kelantan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 122,991 kes aktif dilaporkan, termasuk 155 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) dan 80 yang memerlukan alat bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here