Amaran ribut petir di Sabah, Sarawak hari ini

0
2

JABATAN Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda dua negeri hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan di Facebook memaklumkan cuaca buruk itu akan melanda beberapa daerah di Sabah dan Sarawak sehingga jam 8 malam ini.

“Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Sarawak: Kuching, Sibu (Selangau), Mukah (Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Bintulu dan Miri (Subis dan Miri).

“Manakala Sabah: Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan) dan Kudat (Kota Marudu) sehingga 8 malam pada Jumaat,” katanya.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here