PENGURANGAN kadar tol sebanyak 18 peratus dan membekukan sebarang kenaikan tol untuk Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) antara kejayaan Pakatan Harapan (PH), kata Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.
Beliau berkata ia turut memberikan menfaat kepada pengundi Parlimen Bagan yang diwakilinya.
“Ini membolehkan kadar tol di Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang dikurangkan masing-masing daripada RM7 kepada RM5.74 ( RM4.59 untuk yang dapat diskaun 20%) dan RM8.50 kepada RM5.74.
“Sekiranya PH boleh memerintah untuk tempoh penuh lima tahun, pasti tol tersebut akan dimansuhkan, sama dengan tol Sungai Nyior,” kata bekas Menteri Kewangan itu menerusi hantaran di Facebooknya.
Guan Eng berkata PH akan meneruskan perjuangan untuk membawa perubahan yang baik untuk rakyat, kepada rakyat, demi rakyat. – Malaysiapost

