Harimau Malaya B-23 berlepas ke Phnom Penh pagi ini

0
1

SKUAD B-23 kebangsaan kendalian Brad Maloney tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi ini sebelum berlepas ke Phnom Penh, Kemboja bagi menghadapi Kejuaraan B-23 AFF 2022 bermula 14 hingga 26 Februari ini.

Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk S Sivasundaram serta Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar dan Exco FAM, Md Dali Wahid turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap skuad muda negara ini.

Penerbangan ke Kemboja diuruskan oleh Malaysia Airlines, iaitu rakan penerbangan rasmi FAM.

Sementara itu Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin semalam berkata skuad ke Phnom Penh merupakan gabungan pemain yang berada dalam skuad ketika Kelayakan Piala Asia B-23 AFC 2022 di Mongolia, Oktober lalu dan turut menampilkan ramai muka baharu yang dipanggil kali ini.

“Jadi saya mahu mereka ini memberi persembahan terbaik di sana nanti supaya kita dapat keputusan yang baik apabila bertemu Myanmar pada aksi pembukaan pada 15 Februari, diikuti aksi kedua menentang Laos pada 18 Februari dan perlawanan terakhir Kumpulan B bertemu Indonesia pada 21 Februari.

“Saya percaya jika mereka bermain dengan ikhlas dan sepenuh hati serta penuh bersemangat, kita mampu meraih keputusan baik pada ketiga-tiga perlawanan tersebut, seterusnya layak ke separuh akhir,” katanya seperti dilaporkan media rasmi FAM. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here