Mohd Shafiq dilantik Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam

0
2

KETUA Setiausaha (KSU) Kementerian Kesihatan (KKM) Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam yang baharu berkuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali menerusi kenyataan hari ini memaklumkan pelantikan Mohd Shafiq, 58, telah diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Menurutnya, Mohd Shafiq berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Polittk (Kepujian) dari Universiti Kebangsaan Malaysia dan ljazah Sarjana Pentadbiran Awam dari Universiti Meiji, Jepun.

“Beliau telah berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam selama 30 tahun dengan jawatan pertama disandang sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Istiadat, Jabatan Perdana Menteri pada 1 Disember 1992.

“Pelantikan ini berdasarkan pengalaman luas beliau dalam pelbagai bidang termasuk dasar, pengurusan dan perkhidmatan serta pernah berkhidmat sebagai KSU KKM,” katanya.

Mohd Zuki berkata beliau juga yakin dengan pengetahuan dan kredibiliti dimiliki, Mohd Shafiq mampu menggalas amanah dan tanggungjawab dalam menyokong usaha serta memastikan pembaharuan sektor awam selari dengan aspirasi kerajaan.

“Kerajaan juga merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih kepada Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman atas segala khidmat bakti beliau sepanjang perkhidmatan sebagai Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here