Pemeriksaan suhu di institusi KPM tidak wajib mulai esok

0
1
Persekolahan dibuka semula hari ini selepas ditutup pada 9 November 2020 menyaksikan murid pra sekolah, Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), Darjah 1 dan 2 di Sekolah Kebangsaan Bandar Tasik Puteri, Rawang. Menariknya seorang cikgu memakai maskot kucing bagi menghiburkan murid-murid yang hadir hari ini.

PEMERIKSAAN suhu badan sebelum masuk ke premis institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan (KPM), tidak diwajibkan berkuasa kuasa esok.

Bagaimanapun KPM memaklumkan semua guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP), pekerja perkhidmatan sokongan dan pelawat masih diwajibkan untuk mengimbas kod QR melalui aplikasi MySejahtera sebelum memasuki premis institusi pendidikan KPM.

“Sebagai langkah keselamatan, ibu bapa atau penjaga dimohon untuk memastikan anak jagaan berada dalam keadaan sihat dan tidak bergejala sebelum hadir ke sekolah,” menurut KPM menerusi kenyataan hari ini.

KPM berkata langkah itu diambil susulan pengumuman Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin pada 8 Februari lalu berkaitan pemansuhan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan suhu badan dan buku rekod mendaftar masuk ke mana-mana premis berkuat kuasa 11 Februari 2022.

Mengulas lanjut, KPM berkata, murid bergejala atau mempunyai ahli keluarga yang disahkan positif Covid-19 serta tinggal serumah tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah.

“Tahap kesihatan murid semasa berada di sekolah akan dipantau secara berterusan bagi memastikan murid yang bergejala diasingkan di bilik isolasi untuk tindakan selanjutnya.

“Justeru, KPM menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua institusi pendidikan yang tidak berdaftar dengan KPM,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here