PRN Johor: ‘Pengundi, jangan biarkan diri ditipu PH lagi’ – Puteri Umno

0
2

PENGUNDI Johor diingatkan supaya tidak membenarkan diri ditipu berkali-kali dalam membuat penentuan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.

Ketua Puteri Umno, Datuk Zahida Zarikh Khan, berkata pihaknya juga percaya pengundi dan anak muda di negeri itu sudah serik dengan tipu daya Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Pastinya anak muda di kawasan ini serik dengan tipu daya serta fitnah yang jadi bahan kempen PH dan rakan sekutu pada PRU14 lalu.

“Ingat lagi janji nak hapuskan tol di Simpang Renggam? Jangan benarkan kita ditipu berkali kali, pastikan pilih BN pada 12 Mac nanti,” katanya menerusi Facebook.

Beliau berkata, BN sudah bersedia dan bersemangat menghadapi PRN Johor bagi memastikan kemenangan kepada parti.

“Semangat makin membara dengan serba biru. Malam tadi dalam Majlis Taklimat oleh (Presiden Umno) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi kepada Jentera BN #PRNJohor bagi Wilayah Tengah.

“Selamat berjuang Jentera BN Parit Sulong, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Sri Gading, Batu Pahat, Sembrong dan Kluang,” katanya.

Semalam, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Johor.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari, manakala tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here