Bukan mayat, tapi patung wanita

0
2

DISANGKA mayat, rupa-rupanya patung lilin wanita yang dibalut dengan kain selimut dan plastik.

Itulah yang terkandung dalam satu bungkusan plastik yang ditemui dalam keadaan mencurigakan di belakang sebuah kedai motosikal di Seksyen 27, Shah Alam kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata bungkusan itu ditemui petugas Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) Waste Management Sdn Bhd.

“Hasil pemeriksaan Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mendapati bungkusan itu berisi patung lilin berbentuk wanita yang dibalut dengan kain selimut dan plastik,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Baharudin berkata kes itu diklasifikasikan sebagai no offence disclosed (NOD) berikutan tiada sebarang kesalahan jenayah berkaitan.

Justeru beliau menasihati orang ramai agar tidak membuat spekulasi berhubung gambar yang tular di media sosial.

Terdahulu beberapa gambar memaparkan patung dalam keadaan bogel bersaiz manusia tular di media sosial.

Ia seakan-akan mayat manusia apabila dibungkus dengan plastik. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here