Vaksin penggalak: Laporan portal tidak benar

0
1
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=231373469030970&set=pb.100064749544314.-2207520000..&type=3

KERAJAAN menafikan laporan sebuah portal kononnya Kerajaan Arab Saudi akan memansuhkan syarat pengambilan vaksin penggalak untuk memasuki negara tersebut bagi menunaikan umrah.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Idris Ahmad berkata beliau telah mendapatkan pengesahan wakil Konsul Haji, Tabung Haji (TH) di Jeddah.

Katanya, wakil konsul mengesahkan laporan portal tersebut tidak benar dan pengambilan dos penggalak diwajibkan kepada jemaah yang bakal menunaikan umrah berkuatkuasa 14 Februari 2022 seperti diumumkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Saya berharap semua rakyat Malaysia meneliti setiap berita yang sampai kepada kita untuk disemak kebenarannya, apatah lagi ia melibatkan pelaksanaan ibadah yang mulia iaitu ibadah umrah,” katanya.

Tangkap layar berita disahkan palsu dilaporkan sebuah portal

Semalam Idris berkata prosedur operasi standard (SOP) baharu yang mewajibkan pengambilan dos penggalak ke atas jemaah umrah Malaysia adalah berdasarkan kepada kehendak kerajaan Arab Saudi.

“Dos penggalak adalah salah satu kehendak (kerajaan) Saudi ke atas jemaah umrah. Mereka ada mengeluarkan circular (pekeliling), jadi kita kena ikut.

“Pintu untuk ke Tanah Suci sudah dibuka mulai hari ini (semalam). Jadi jemaah kita kena ikut syarat yang ditetapkan untuk ke sana,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here