Dakwaan terbabit dengan PBM, kedudukan Zuraida sebagai menteri jadi persoalan

0
2

JAWATAN Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi yang disandang Datuk Zuraida Kamaruddin kini menjadi pertaruhan sekiranya beliau benar-benar terbabit dengan Parti Bangsa Malaysia (PBM) seperti didakwa.

Presiden Bersatu Sri Muhyiddin Yassin Zuraida masih lagi ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu sementara menunggu siasatan berhubung dakwaan pembabitannya itu.

“Kita belum buat keputusan tentang kedudukan beliau (Zuraida), walaupun banyak yang agak nyatakan beliau sudah menyertai parti lain.

“Saya tidak dapat lagi kenyataan sebenar, tetapi secara ringkasnya, beliau masih ahli MPT, kalau ada apa-apa perkembangan, penilaian akan dibuat mengenai status beliau.

“Bukan hanya hanya soal kedudukan sebagai ahli MPT Bersatu, tetapi Jemaah Menteri (menjadi pertaruhan) kerana beliau dilantik menerusi kapasiti Bersatu,” kata Muhyiddin seperti dilaporkan Malaysiakini.

Sebelum ini media melaporkan MPT Bersatu mengadakan perbincangan berhubung isu pemecatan Zuraida dan individu lain dalam parti itu yang didakwa terlibat dengan PBM.

PBM merupakan parti politik baharu dan ditubuhkan oleh sekumpulan bekas pemimpin PKR yang sehaluan dengan Ahli Parlimen Ampang itu.

Perbincangan itu disahkan ahli MPT Bersatu, Dr Muhammad Faiz Na’aman yang memberitahu isu berkenaan dibangkitkan dalam mesyuarat pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun katanya, setakat ini tiada sebarang keputusan dibuat sementara menunggu siasatan lanjut oleh parti.

Zuraida antara ahli parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyertai Bersatu dan menyebabkan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tumbang menerusi Langkah Sheraton.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here