Cuba jadi pemain naturalisasi untuk kepentingan diri, duit

0
1

BEKAS pemain Felda United dan Melaka United, Curran Ferns mendakwa terdapat pemain yang cuba menipu Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) berkaitan status pertalian darahnya dengan Malaysia.

Tanpa menyebut nama mana-mana pemain, Ferns menerusi laman Instagram miliknya mempersoal dan mendakwa bahawa badan induk itu masih lagi mahu memberi kerakyatan kepada pemain berkenaan walaupun pemain itu menipu, lapor Berita Harian.

“Luar biasa bahawa @famalaysia mahu memberi taraf naturalisasi kepada pemain yang menipu dirinya orang Malaysia untuk mendapatkan pasport bagi kepentingan peribadinya.

“Untuk mewakili Malaysia dan menjadi rakyat, harus lebih daripada bola sepak. Bagaimana kita boleh membenarkan seseorang cuba untuk memanipulasi ramai orang dan menipu semua orang hanya kerana namanya seakan nama Asia, semata-mata untuk mengisi poketnya.

“Ini adalah satu penghinaan dan satu tamparan. Tunjukkan dokumen anda bagaimana pertalian darah keluarga anda adalah dari Malaysia kerana anda bercakap kepada media sudah bertahun.

“Sekarang buktikannya atau memohon maaf kepada orang ramai kerana menipu, dan selepas itu biarkan mereka memutuskan sama ada anda layak untuk menjadi rakyat Malaysia,” tulisnya.

Laporan portal Berita Harian itu turut menyebut secara kebetulan terdapat laporan kelab Sri Pahang dalam proses memberikan status naturalisasi kepada dua pemain skuad Tok Gajah iaitu Lee Tuck dan Sergio Aguero.

Tuck sebelum ini pernah dilaporkan memiliki darah kacukan Malaysia, namun sehingga kini dia didakwa gagal menunjukkan bukti mengenai status pertalian darahnya.-Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here