Agong, Permaisuri zahir ucapan Selamat Tahun Baharu Cina

0
2

YANG di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan Selamat Tahun Baharu Cina kepada rakyat Malaysia yang menyambut perayaan itu.

Turut menzahirkan ucapan itu adalah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menerusi hantaran di Facebook Istana Negara.

“Seri Paduka berdua turut menzahirkan harapan semoga rakyat dan keluarga tersayang dilimpahi kesejahteraan, keafiatan dan keceriaan, semoga sambutan Tahun Baharu Cina mengukuhkan lagi perpaduan dan semangat muhibah sesama rakyat berbilang kaum, agama dan bangsa,” menurut hantaran itu hari ini.

Seri Paduka berdua menasihati rakyat dalam meraikan perayaan berkenaan untuk mengutamakan keselamatan dan kesihatan diri, dengan berdisiplin mengamal kawalan kendiri serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan.

Masyarakat Tionghua akan meraikan Tahun Baharu Cina pada esok yang mewakili permulaan Tahun Baharu dalam kalendar Lunar. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here