Neelofa, PU Riz timang anak lelaki

0
2

PELAKON dan usahawan berjaya, Neelofa selamat menimang cahaya mata lelaki di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, jam 3.44 petang, kelmarin.

Suaminya, Muhammad Haris Mohd Ismail atau lebih dikenali sebagai PU Riz meluahkan rasa syukur apabila segala urusan bersalin berjalan lancar.

“Alhamdulillahirabbil’alamin. Puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah SWT untuk segala berkat dan rahmat-Nya, isteri saya, Noor Neelofa Mohd Noor telah selamat melahirkan Putera sulung kami pada 29 Januari 2022 jam 3.44 petang.

“Syukur Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan, kini isteri saya sedang berehat dan kami sedang melalui satu fasa yang sangat menggembirakan untuk kami sekeluarga,” katanya menerusi Facebook.

Pu Riz berkata, beliau dan isterinya juga merakamkan jutaan penghargaan dan rasa penuh syukur atas doa yang dikirim semua kepada pasangan itu.

“Terima kasih atas ingatan kalian sejak kami mendirikan rumah tangga sehinggalah kami menimang cahaya mata.

“Sebagaimana kalian mendoakan kesejahteraan saya dan isteri tahun lalu, mohon titipkan juga doa-doa yang baik agar zuriat yang berada di pangkuan kami ini mampu menjadi khalifah yang dapat memberikan kebaikan kepada agama dan negara,” katanya.

Dalam hantaran berasingan, pasangan itu memaklumkan bayi sulung mereka di beri nama Muhammad Bilal.

“Assalamualaikum Muhammad Bilal bin Muhammad Haris,” tulis hantaran itu ringkas.

Hantaran yang dimuatnaik satu jam lalu itu, dibanjiri ucapan tahniah daripada netizen dan mendapat 4,700 komen dan 37,000 tanda suka.

Neelofa dan PU Riz disatukan sebagai suami isteri dalam satu majlis perkahwinan dan resepsi di sebuah hotel terkemuka di ibu kota pada 27 Mac 2021. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here