Fitnah PM, Setiausaha Politik buat laporan polis

0
1

SATU laporan polis berhubung berita palsu berunsur fitnah terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan dibuat di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi, hari ini.

Laporan itu dijangka akan dibuat oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus pada jam 2 petang ini.

Difahamkan laporan polis berkenaan akan dibuat terhadap dua laporan media portal tempatan terhadap Ismail Sabri.

Laporan berita palsu itu adalah mengenai Ismail Sabri bimbang menjadi Perdana Menteri paling singkat dan merayu agar sokongan tidak ditarik terhadapnya. – Malaysiapost11:51 AM

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here