PM utamakan menjaga semua keluarga – PM

0
4

PERDANA Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, menegaskan keutamaan beliau adalah menerapkan semangat menjaga semua keluarga dalam kerajaan hari ini.

Menurutnya, jika terdapat keluarga yang ditimpa kesusahan sudah pasti akan dibantu.

“Keutamaan saya untuk menjaga semua keluarga, apabila keluarga kita ditimpa kesusahan, tentu kita akan membantu keluarga. Semangat itu yang diterapkan dalam kerajaan hari ini.

“Saya menghadiri Majlis Penyerahan Bantuan Pembelian Barangan Keperluan berjumlah RM2,500 kepada mangsa banjir di Daerah Bera,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bera berharap bantuan pembelian barang keperluan yang diberikan itu diharap dapat meringankan beban penduduk yang terjejas akibat bencana banjir bawaan Monsun Timur Laut baru-baru ini.

Ismail Sabri memperkenalkan penggunaan frasa Keluarga Malaysia bagi mengajak seluruh rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik bersama berganding bahu membangunkan negara.

Perdana Menteri Malaysia kesembilan itu menerapkan konsep Keluarga Malaysia kerana baginya, keutuhan negara terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sesebuah keluarga. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here