Mak Wan Latah kahwin lagi

0
1

PELAKON veteran Mak Wan Latah atau nama sebenarnya Halimaton Saadiah Mohd Daud telah bertemu jodoh dengan lelaki berusia 71 tahun pada 22 Januari lalu.

Memetik laporan MStar, pelakon berusia 61 tahun itu meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama Hussien Dollah di Pejabat Agama Ipoh, Perak berjalan dengan lancar.

Menurutnya, dia sepatutnya bernikah pada 15 Januari namun tarikh terpaksa ditunda disebabkan menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas pulang dari umrah.

Mak Wan berkata, urusan pertukaran tarikh dilakukan anaknya ketika dia menjalani kuarantin di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Majlis resepsi pasangan terbabit turut dilaporkan dimeriahkan dengan kumpulan marhaban.

“Sepatutnya saya nikah pada 15 Januari tapi terpaksa tunda disebabkan saya menjadi kontak rapat adik yang positif Covid-19 selepas balik dari umrah.

“Lebih kurang 20 jemaah termasuk adik saya disahkan positif ketika jalani ujian saringan di lapangan terbang. Alhamdulillah keputusan saya negatif.

“Bila dah jadi kontak rapat, saya terpaksa jalani kuarantin di ILIM. Anak saya yang menguruskan pertukaran tarikh nikah. Alhamdulillah, pada 22 Januari lalu saya dan suami selamat bernikah di Pejabat Agama Ipoh, Perak,” katanya.

Mak Wan dan Hussien turut diraikan dalam sebuah majlis resepsi di kampung suaminya yang terletak di Kuala Pilah, Negeri Sembilan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here